Monday, February 21, 2011

Testing taubat

       Hari ini di mana hari yang sangat indah bagi semua rakyat Malaysia kerana keesokan hari ialah hari untuk beristirehat.Tapi bagiku hari ini hari ialah di mana kegembiraan bermula.kenapa?tidak lama lagi hari pengadilan akan bermula.Ketika itulah semua rakyat di dunia merasakan yang mereka tidak bersedia lagi untuk mengumpul pahala dan ibadat di dunia.Oleh kerana itulah ku rasakan hari inilah hari kegembiraan kerana tidak lama lagi hari ini tidak akan ada lagi di dunia.Kita semua tak kira bangsa atau kaum berlainan akan ditempatkan di alam yang baru.

  Tetapi persoalannya,adakah kita sebagai umat yang terakhir telah bersedia untuk menghadapi hari pengadilan?cukupkah bekalan yang diperlukan untuk berjumpa dengan Allah swt?wahai manusia sekalian,sampai bila kita hendak terus berada dalam kemungkaran.ramai orang beranggapan hidup dunia bagaikan syurga.Mereka alpa dengan ajaran Islam yang sekian lama mereka anuti.Ingatlah,Rasulullah saw meninggalkan cuma 2 perkara yang begitu berharga untuk umatnya iaitu Al-Quran dan Hadis.Barangsiapa yang mengamalkannya nescaya akan cemerlang di dunia dan di akhirat.

          Kita sebagai umat islam,perlulah melaksanakan rukun  yang telah ditetapkan oleh Allah.Di samping itu,perkara yang utama sekali yang perlu ada dalam diri masing masing ialah sembahyang.Bahawa sesungguhnya Allah swt telah memesan kepada Nabi Muhammad supaya menyeru umatnya untuk patuh kepada pencipta mereka iaitu Allah swt.Sembahyanglah sebelum anda di sembahyangkan kerana sembahyang itu adalah tiang agama dan mendapat pahala berlipat ganda.Kerana itulah wahai umat Islam,perkara sebegini tidak bolah diambil ringan sahaja walhal perkara ini perlu diambil serius dan sentiasa mengingatinya.

          Masih tidak mahu bertaubat?tahukah anda kita sebagai umat yang terakhir merupakan satu-satunya umat yang bertuah.hal ini kerana nabi terakhir kita,nabi Muhammad telah meminta dan berdoa kepada tuhan untuk melambatkan hukuman
 berbanding umat-umat yang terdahulu seperti kaum Ad,Samud,Luth dan lain-lain.Mereka telah dihukum atas kesalahan mereka sendiri yang melupai penciptanya.tetapi dunia kini seperti sudah tidak selamat.Fenemona-fenemona pelik sering berlaku.Adakah ini merupakan hukuman yang diturunkan kepada kita yang semakin lama semakin tandus dengan arus kemodenan
 dunia.Kegemilangan umat Islam yang dahulu Kala telah merosot.inilah tanda-tanda kedatangan hari pembalasan yang menakutkan.

         Di dalam Al-Quran telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari pengadilan iaitu tanda-tanda kecil dan tanda=tanda besar,dikatakan telah berlaku di dunia ini.Tetapi adakah umat kita sedar akan kehadiran tanda tanda ni?Kebanyakan daripadanya lalai dan merasakan bahawa perkara ini remeh temeh sahaja.Saya sebagai umat yang tidak sempurna seperti yang lain amat terharu dan sedih apa yang telah berlaku dikalangan umat umat kita.Kita seolah-olah terlupa akan siapa pencipta kita.

 Mengapa?mengapa?orang putih cakap why?pintu taubat tidak akan tertutup sehinggalah sangkakala yang pertama ditiup.mungkin penyataan tersebut dianggap sebagai jenaka bagi kalangan anak muda kita.Siap ada yang berkata "ah!lambat lagi!".Sedih teramatlah sedih tanggapan yang di buat oleh anak muda zaman siber ini.Bilakah mereka hendak mengubah cara hidup mereka yang bebas tanpa hala tuju.Oi tak takut lagi ke?berita tergempar yang berlaku di flotilla yang membabit serangan kaum zionis yang cuba hendak mendikriminasi bantuan kemanusiaan untuk rakyat palestin.Cuba anda fikir jikalau anda salah seorang daripada ekspedisi tersebut?bagaimana?jawab sekarang.

      Ha!senyap jeh?lidah terkelu mengenangkan perbuatan buruk yang telah dilakukan selama ini.Hidup di dunia hanya sekali.No second chance.peribahasa 'siapa yang makan belacan teraselah pedasnye' amat bersesuaian untuk dilabelkan kepada remaja-remaja sekarang.setiao hari setiap masa,mesti ade sahaje masalah masalah dunia yang dipampang di dada dada akhbar.60% menunjukkan masalah remaja dan kes seperti ini jelas sekali menunjukkan bahawa dunia semakin menghampari expired date..tunggu mase jeh..Kadang kadang kite fikir bahawa dunia ini seperti permainan video yang boleh restart apabila game over.tetapi ingat,ini realiti la..Hidup mati hanya sekali..banyak cantik kau nak mintak replay..Kau ingat ni ps3 ke

Sebenarnye mereka sedar akan perbuatan yang mereka lakukan tetapi mereka cuma menganggap perbuatan tersebut seperti mendapat dosa yg sebutir pasir..tett wrong guess la brader..dose yg kome buat tu umpama pasir di tepi pantai..larat hang kira??aku xlarat.Menampung dosa sebesar pantai apatah lagi lautan.Cuba hang bagitahu aku macamana kau nak face pencipta kau(dengan dose yang telah kau lakukan di dunia ini).Walaupun Allah telah menyatakan bahawa setiap orang yang beriman walaupun sedikit pun jikalau dia dihumbankan kedalam neraka tetap akan masuk ke syurga.Tetapi adakah anda sanggup menanggung seksa neraka yang telah Allah sediakan kepada makhluknya yang engkar kepadanya?mu tahu dok duk nerako 1 hari mcm 1000 hari kot..gilo mu..

-to be continued-

Friday, February 18, 2011

judgement day

SPM results making our heartbeat beats faster than ever..why?ask urself la dol  ~.~